Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Thursday, 23 May 2013

Liga Super 2013 : Bekalan moral sebelum ke Larkin

Suasana di S.T.A.R semalam


Setelah tiga perlawanan berturut-turut mencatat keputusan seri, Pahang akhirnya berjaya kembali kepada rentak kemenangan apabila membenam N.Sembilan 2-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi semalam.

Pahang memulakan serangan sejak tiupan wisel lagi di mana pada minit ke-4, Alex berjaya memperdayakan  dua pertahanan lawan sebelum melepaskan sepakan leret kencang ke arah gol, namun perjaga lawan berjaya menepis bola keluar.

Permainan pantas Pahang sikit terganggu apabila Faizol Hussin mengalami kecederaan pada minit ke 10, dan kemudian digantikan dengan Azidan Sarudin.

Selepas itu, Anak buah Dollah Salleh itu nyaris mengejutkan Negeri Sembilan menerusi hantaran lintang Alex yang menewaskan penjaga gol tuan rumah, Mohd Hamsani Ahmad, namun gagal disudahkan Malik Arif pada minit ke-27.

Pemain pertahanan Tokgajah, Razman Roslan akhirnya meletakkan pasukan di hadapan dengan menyempurnakan sepakan penalti selepas Mohd Nazrin Mohd Nawi mengasari Stewart dalam kotak penalti ketika tendangan sudut.

Razman tenang menyempurnakan penalti
untuk gol pertama Pahang. Foto-Dunia Sukan


Tamat separuh masa pertama, Pahang 1, N.Sembilan 0

Bermula separuh masa kedua, Dollah Salleh memasukkan Matias Conti bagi mengantikan Malik Arif untuk menajamkan barisan serangan.

Pahang tidak menunggu lama untuk menambahkan jaringan apabila Damion Stewart menanduk masuk gol kedua hasil sepakan percuma yang diambil oleh Azidan pada minit ke-49.

Sepakan percuma Azidan berjaya ditanduk masuk Stewart
untuk gol kedua Pahang


Rumusan

Tahniah tahniah tahniah. 3 mata lagi untuk memberi tekanan kepada pasukan-pasukan di atas. Kemenangan ini sangat penting untuk menaikkan moral pasukan menjelang pertemuan separuh akhir Piala FA menentang JDT FC sabtu ini. Jika 3 perlawanan sebelum ini berkesudahan dengan keputusan seri, Dollah Salleh mengotakan janji beliau untuk meraih kemenangan.

Semua pemain Pahang bermain baik dalam perlawanan ini, berjaya mengawal rentak perlawanan sejak dari awal lagi. Cuma, barisan hadapan kena lebih cekap untuk menyudah gerakan serangan. Begitu merugikan jika gerakan-gerakan yang cantik diakhiri dengan penyudah yang tumpul. Dollah Salleh juga perlu memperbaiki crossing pemain-pemain kerana crossing pemain dalam perlawanan ini tidak memuaskan. Segala kelemahan diharapkan dapat diperbaiki sebelum saingan separuh akhir bertemu Johor DT Sabtu ini.

Damion Stewart

Pemain terbaik pilihan TGF dalam perlawanan ini adalah Damion Stewart. Satu gol dan satu assist dari Stewart berjaya membantu pasukan untuk meraih kemenangan. Gol ini juga merupakan gol pertama beliau untuk pasukan Tokgajah. Semoga Stewart sentiasa cemerlang bersama pasukan Pahang

Hogoh Tokgajah Hogoh!!!!

Lineup Pahang vs N. Sembilan
Azhan; Jalal, Razman, Stewart(Saiful Nizam), Faisal; Suren, AmirulHadi, Faizol(Azidan) ,Gopi; Alex, Malik(Conti)

Perlawanan seterusnya:
Piala Fa 2013 (Separuh Akhir)
Johor Dt Vs Pahang
Sabtu (25/5/2013)
8.45pm
Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, JB