Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Sunday, 26 May 2013

Defisit 1-0 ke Darul Makmur

Walaupun nasib bukannya faktor utama dalam sukan bola sepak, tapi malam tadi memang tampak nasib tidak menyebelahi pasukan Pahang. Kekalahan 1-0 di Larkin malam tadi menyaksikan permainan menarik ditunjukkan oleh kedua2 pasukan. Di separuh masa pertama saling serang menyerang dan akhirnya JDT dapat menjaringkan gol hasil rembatan lencong daripada pemain import mereka.Pahang beberapa mempunyai peluang untuk menyamakan kedudukan tetapi gagal.

Masuk separuh masa kedua tampak pasukan Pahang mengawal permainan diselang seli dengan counter attack daripada JDT. Peluang Azamuddin Akil tidak berjaya disempurnakan setelah rembatannya lemah kepada keeper JDT . Tandukan Matias Conthi terkena tiang gol dan begitu juga bola ke kaki Stewart tidak dapat dirembat ke arah gol dengan sempurna. Ini adalah antara peluang2 di hadapan gol pasukan Pahang di separuh masa kedua.


Bahagian tengah sudah berjaya dikawal tetapi yang menjadi masalahnya nampaknya di bahagian sayap yang nampak tidak mampu memberi crossing2 menarik untuk bahagian serangan. Tiada "create chance" untuk Conti malam tadi. Mereka ( JDT ) semestinya sudah mengkaji corak permainan Pahang yang tampak selalu bergerak daripada sebelah Flanker yang  akan masuk ke Penalty Box untuk membuat serangan. Gopi dan Surendran dikawal kemas kerana mereka sudah tahu akan gerakan2 seperti ini. Lihat sahaja beberapa player menjaga Gopi daripada masuk ke dalam penalty box kerana mereka tahu tiada crossing akan dilakukan. Sepatutnya pasukan Pahang perlu membentuk serangan lebih efektif dengan cara banyak memberi bola crossing ke dalam penalti box yang mana kalau kita lihat memberi kelebihan kepada Matias Conti yang selalu dapat kelebihan menanduk bola melalui header. Lihat sahaja semalam free kick Azidan yang mencari kepala Conti nyaris2 memberi jaringan kepada pasukan Pahang.

Pertahanan Pahang juga tampak longgar di kiri dan kanan. Bahagian tengah pertahanan terpaksa bekerja lebih untuk membantu bahagian kiri dan kanan . Situasi ini bahaya kerana Stewart biasanya akan naik ke atas membantu jika ada free kcik atau corner kick . Dan pasukan JDT biasanya akan membuat counter. Abang Dollah perlu tumpukan sedikit di bahagian kiri dan kanan pertahanan yang nampak selalu bolos lebih2 lagi Mat Yo yang nampak mudah melepasi pertahanan Pahang,Keeper Pahang yang tampak cemerlang malam tadi harus dikekalkan untuk perlawann timbal balik di Darul Makmur nanti.

Apa2 pun, all the best untuk pasukan Pahang. Ada lagi 90 minit permainan di Stadium Darul Makmur 28 Mei ini. Kepada para penyokong jangan lupa datang menyokong pasukan kita untuk memadam defisit 1 gol ini. Perjuangan masih belum selesai. #RoadToFinal masih terbuka luas. Sentiasa di belakang pasukan, Sentiasa memberi semangat. Para pemain memerlukan anda Selasa ini .Mereka pastinya lebih bersemangat jika anda ada bersama mereka.

""SPIRIT ... has fifty times the strength and staying power of brawn and muscle."


Hogoh Pahang Hogoh!!
Hitam Putih Takkan Padam!!

Moh kita. Kuningkan stadium.