Perak hampir
mengejutkan Juara Piala Malaysia 2013,Pahang dalam aksi pusingan pertama Piala
FA sebelum layak dengan kemenangan sepakan penalti 5-4 di Stadium Perak
semalam.
Pahang
memimpin perlawanan pada minit ke-8, apabila Azzammuddin menanduk masuk bola
hantaran Stewart, hasil sepakan sudut Azidan Sarudin.
Namun,
Perak kembali menyamakan kedudukan selang tiga minit kemudian melalui rembatan
padu Hardi Jaafar dari luar kotak penalti.
Perak
terus bersemangat selepas gol penyamaan itu, terus menyerang kubu pertahanan
Pahang dan pada minit ke-45, pemain import Perak, Kyaw Zayar Win meledak gol
kedua pasukan The Bos Gaurus.
Bersambung
separuh masa kedua, pasukan Pahang kembali mempamerkan aksi sebenar dan usaha
mereka mencari gol penyamaan berhasil apabila tonggak pertahanan, Damion
Stewart menanduk masuk sepakan sudut Hafiz Kamal.
![]() |
Stewart menjaringkan gol penyamaan Pahang FOTO: Syahrul Azhar Rahim | DS |
Selepas
itu, kedua-dua pasukan buntu mencari gol kemenangan sehingga perlawanan
terpaksa ditentukan dengan sepakan penalti.
Khairul
Azhan menyelamatkan dua sepakan penalty Perak sebelum Saiful Nizam Miswan
memastikan Pahang mara apabila menyempurnakan sepakan penalti ketujuh bagi
menempah pertemuan dengan Lions XII di pusingan kedua.
Ulasan
Longlai.
Itu lah kesimpulan buat aksi separuh masa pertama pasukan Pahang. Selepas gol
awal dari Alex, pemain Pahang agak leka sedangkan pemain Perak pula
bersemangat. Sikap cepat berpuas hati ketika mendahalui lawan harus dibuang dari
setiap pemain.
Dari
segi persembahan individu, ada beberapa pemain beraksi di bawah tahap yang
sebenar. Kesilapan seperti hantaran tidak tepat, “off position” ketika
bertahan, kegopohan ketika menyerang adalah kelemahan yang ketara dalam
perlawanan ini. Pemain-pemain ini sebenarnya boleh beraksi lebih baik dari apa
yang dipamerkan di Ipoh.
![]() |
Yan berjaya menyelamatkan 2 penalti Perak FOTO: Syahrul Azhar Rahim | DS |
Dengan
jadual liga padat, diharapkan pemain-pemain akan sentiasa cergas dan dijauhi
dari kecederaan. 4 perlawanan dalam masa 15 hari memang memeritkan buat mana-mana
pasukan. Semua pemain, tidak kira pemain utama mahupun simpanan perlu bersedia
diturunkan dalam setiap perlawanan. Semoga pasukan Pahang akan lebih baik untuk
perlawanan akan-akan datang.
Line
up Pahang vs Perak
Azhan;
Razman, Stewart, Rehman, Shahrizan; Malik (Fauzi), Hafiz (Saiful Nizam),
Azidan(Faizol), Gopi; Conti, Azammuddin
Penjaring
gol: Azzammuddin, Stewart
#Hogoh
Pahang Hogoh