Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Sunday 17 February 2013

Tok Gajah hilang punca di Kota Singa

Perlawanan yang berlangsung malam tadi di Stadium Jalan Besar yang melibatkan perlawanan antara Pahang VS LionXII berakhir dengan keputusan kekalahan skuad Tok Gajah dengan jaringan 3-0 . Koi yang merupakan wakil admin TGF ke stadium Jalan Besar melihat perlawanan malam tadi bukanlah permainan Pahang yang sebenar. Pertama kali koi ke stadium Jalan Besar sepanjang hidup koi membuat koi terkejut dengan keadaan padang yang sememangnya macam "alas kaki" hijau, lain sekali dengan yang kita dapat tengok di TV..

Koi melihat player Pahang memang kurang kemampuan control ball dan melakukan serangan dengan baik malam tadi disebabkan keadaan padang. Banyak terlepas bola, gerakan kurang kemas, dan taktik yang tak menjadi walaupon melakukan beberapa pertukaran player . Malam tadi juga menyaksikan beberapa player yang tak pernah beraksi dalam game liga super tahun ini seperti Azidan, Hazuan ( Kechek ) dan Malik dimasukkan oleh coach Dollah Salleh. Key player yang lain seperti Hafiz Kamal dan Surendran mengalami kecederaan dan tak dapat diturunkan malam tadi.

Tapi, itu sepatutnya tak boleh dijadikan alasan semata-mata. Kekalahan ini merupakan satu penanda kepada pasukan Tok Gajah agar terus berusaha untuk terus mengejar takhta liga yang mana menyaksikn pasukan Pahang turun ke anak tangga ke 3. Walaupun Pahang mengalami kekalahan, koi salute pada para penyokong yang masih bersorak untuk pasukan Pahang tanpa putus. Jangan lupa, selepas ini kita akan bertemu Perak di stadium Lumut. Perlawanan ini adalah perlawanan yang WAJIB menang untuk memastikan kita terus selesa dalam carta liga Super.

Antara sebilangan penyokong Pahang malam tadi :

Geng Elephant Army

Penyokong Tengah Masuk Ke Dalam Stadium


Layanan yang diberi oleh pihak berkuasa Singapura di sana agak ketat seolah-olah penyokong kita mahu melakukan rusuhan. Apa pun tahniah penyokong yang tidak membuat sebarang kekacauan malam tadi...


Menang Atau Kalah Pahang Tetap Di Hati !!
Hogoh Pahang Hogoh !!

P/s : Semalam koi nampok ada beberapa orang pakai baju T-Shirt TGF . Tahniah! Hehe