Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Tuesday 19 February 2013

Tok Gajah perlu bangkit!!!!

Perlawanan ke 7 liga super iaitu Pahang vs Perak tadi menyaksikan Pahang kalah dengan jaringan 1-0. Pada separuh masa pertama, permainan nampak seimbang dengan asakan dilakukan oleh kedua-dua pasukan. Tapi, jaringan berjaya dihasilkan dengan tandukan ke gawang sendiri oleh pertahanan kita. Masuk separuh masa kedua, koi boleh kata 80% kita pegang bola. Pertukaran beberapa pemain juga tampak tidak mampu mengubah kedudukan perlawanan.  2 percubaan terkena palang,1 kena tiang dan ianya tetap dikira TAK GOL dan kekalahan ini terpaksa kita terima .

Semestinya ramai mula panik dan kecewa. Kekalahan ke dua brturut2 semestinya sesuatu yang pahit untuk di telan. Tapi telan lah sekarang, sebelum anda telan di kemudian hari. Kita bukan tak pernah kalah sebelum ni, cuma kita mendapat rentak kemenangan pada awalnya. Teruskan perjuangan skuad Pahang ! Koi yakin dalam lubuk hati player2, mereka PASTI mahukan kemenangan. Mereka sudah berusaha bersungguh-sungguh. tapi apakan daya , this is football.. Played well but result is important.

Kepada penyokong, jangan sesekali merendahkan semangat player.Aokme kena ingat, next game kita akan bertemu team treble musim lepas iaitu Kelantan. Datang lah ke stadium , berikan sokongan. Aokme nak tengok Darul Makmur berwarna MERAH atau KUNING ? Tepuk dada, tanya selera.


This Is Darul Makmur!
Hogoh Pahang Hogoh!