Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Thursday 11 April 2013

Bekalan Sifar ke Selayang , Permulaan pusingan ke 2

Perlawanan piala FA yang lepas menyaksikan pasukan Pahang terikat 0-0 dengan pasukan teratas liga perdana iaitu Sime Darby. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Makmur pada 6 April yang lepas meresahkan segelintir penyokong Pahang dengan aksi yang agak hambar ditunjukkan oleh pasukan Tok Gajah.

Dalam perlawanan tersebut, gerakan yang cuba dilakukan oleh Pahang seakan-akan tidak menjadi, gagal , dan mudah dipatahkan oleh barisan pertahanan pasukan Sime Darby. Manakala gol yang dijaringkan oleh Kojie di sahkan offside oleh pengadil . Jentera hadapan  nampak sedikit goyah dan tidak banyak melakukan serangan berbahaya ke arah pintu gol Sime Darby.

Bekalan yang dibawa oleh pasukan Pahang ke Selayang nanti adalah sifar. Tapi kita masih berpeluang untuk ke separuh akhir walaupon ada beberapa ramalan pakar mengatakan Sime Darby lebih cerah peluangnya berbanding Pahang. Sama-sama kita doakan agar Pahang mencapai kemenangan di sana nanti ok. Perlawanan adalah pada 16 April 2013.

Lusa ( Sabtu ) pula akan bermula saingan liga Super pusingan ke 2 . Pasukan Pahang akan bertemu pasukan T Team di Stadium Darul Makmur. Pasukan Pahang perlu menang untuk memastikan mereka terus mengutip mata dan terus bersaing dengan team2 yang lain dalam liga. Peluang untuk menjuarai liga Super masih terbuka dan tidak mustahil untuk pasukan Pahang.

Apa-apa pun harapan kita adalah agar pemain import baru dapat beraksi dengan pasukan Pahang dalam masa terdekat ini. Ini adalah untuk menguatkan lagi pasukan Pahang di posisi-posisi tertentu.