Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Thursday 4 April 2013

Good bye Borji & Nico, Welcome to Pahang FA, Stewart

Nikolche Klechkaroski(kiri) dan Mohamed Borji(kanan)

Hari ini dalam sejarah. Mohamed Borji dari Maghribi dan Nikolche Klechkaroski dari Macedonia, dua tonggak import pada awalnya diharapkan oleh pihak pengurusan Pahang FA untuk membantu pasukan tahun ini, ditamatkan kontrak. Mengapa? Hampir semua peminat dan pencinta bola sepak di negeri ini tahu kenapa khidmat mereka tidak diperlukan lagi, malah kedua-dua pemain ini menjadi bahan ketawa penyokong pasukan lawan.

Mohammad Borji, bekas penyerang kelab Difaa El Jadida di Maghribi berjaya menjaringkan 3 gol sepanjang bersama pasukan Pahang. Gol paling diingati yang beliau jaringkan adalah ketika menentang Felda United di Stadium MBPJ, di mana gol tunggal beliau pada minit ke-88 berjaya menyelamatkan pasukan dari keciciran mata. Namun begitu, prestasi beliau tidak meningkat. Cara permainan beliau yang selalu jatuhkan badan dan terlalu kerap offside semasa permainan, membuatkan peminat-peminat tokgajah menjadi cemuih setiap kali beliau beraksi. Paling memalukan, beliau tidak menjadi pilihan utama Dollah Salleh,dan jurulatih Pahang itu hanya menggunakan beliau sebagai simpanan sahaja.

Nasib Nico lagi memilukan. Beliau hanya beraksi 70 minit sepanjang 4 bulan di Pahang. Mempunyai susuk tubuh yang sasa dan tinggi, tetapi aksi beliau di padang jauh dari tahap pemain import yang lain. Nico langsung tidak menunjukkan ada keserasian bersama rakan pasukan. Walaupun pernah beraksi di pentas Liga Juara-Juara Eropah (Champions League), beliau tidak berjaya memikat hati pengendali pasukan, Dollah Salleh. Beliau kerap memanaskan bangku simpanan menyebabkan penyokong-penyokong mengelarkan beliau “penumpang” dalam pasukan dan tidak pernah dalam sejarah bola sepak Pahang pemain import menjadi simpanan ke pemain tempatan. Sadis.

Bagi menggantikan kedua-dua pemain ini, Pahang telah giat menjalankan sessi pemilihan lebih awal dan untuk posisi pertahanan, pihak pengurusan Pahang FA telah menandatangani bekas pemain QPR, Damion Stewart dari Jamaica. Berusia 32 tahun, pengalaman luas beliau harap membantu pasukan tokgajah.


Harbour View
Memulakan karier di Harbour View,sebuah kelab di Jamaica, beliau berjaya memenangi Jamaica National Premiere League pada tahun 2000 dan CFU Club Championship pada tahun 2004.

Bradfort City
Kemudian Stewart dipinjamkan ke Bradfort City,dimana beliau berjaya membantu kelas tersebut dari tersingkir ke liga bawahan. Setelah beraksi cemerlang bersama Bradfort, Stewart disambar oleh QPR untuk beraksi di npower Championship, division 2 di England.

QPR
Di QPR, beliau sudah beraksi 80 perlawanan dan menjaringkan 5 gol. Gol yang paling diingati ialah semasa beliau menjaringkan gol tunggal QPR untuk menyingkirkan Aston Villa di saingan Piala Liga.

Bristol City
Selepas beraksi 4 musim bersama QPR, Stewart dijual ke Bristol City pada musim 2010-2011, sebelum dipinjamkan ke Notts County pada musim 2011-2012. Selepas kontrak bersama Bristol city tamat.

Notts County
Stewart menandatangani penjanjian singkat bersama Notts County sebelum bersetuju bersama Pahang FA.

Karier Antarabangsa
Stewart bermain untuk Jamaica bawah-20 dan Bawah-23 pasukan belia kebangsaan Jamaica. Beliau membuat debut antarabangsa beliau untuk Jamaica Pasukan Bola Sepak Kebangsaan pada tahun 1999 menentang Ghana. Beliau telah bermain Piala Emas CONCACAF pada tahun 2003,2005, dan 2009 dan pelbagai perlawanan kelayakan Piala Dunia sejak kemunculan pasukan senior.