Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Wednesday 17 April 2013

PIALA FA 2013: Dua Gol Conti membawa Pahang ke separuh akhir


Suasana di Stadium Selayang

Pahang berada di landasan yang terbaik untuk mengulangi sejarah memenangi Piala FA 2006 apabila berjaya menewaskan finalist PialaFA tahun lalu, Sime Darby 2-0 di Selayang.

Setelah terikat 0-0 di Darul Makmur pada suku akhir pertama, Pahang tidak menunggu terlalu lama untuk melancarkan beberapa serangan berbahaya di awal permainan tetapi ia semua dapat dipatahkan oleh pertahanan tuan rumah.

Walaupun bermain sebagai tuan rumah, anak buah Ismail Zakaria lebih selesa berkampung di tempat mereka sendiri. Pahang yang nampak lebih bersemangat dengan kehadiran bintang import baru dari Argentina, Matias Conti, menguasai perlawanan dari wisel pertama.

Pahang berpeluang untuk meletakkan diri di hadapan melalui gerakan Alex dan Kojie, namun kebanyakkan asakan mereka tersasar. Hapiz kamal juga mempersia-siakan banyak sepakan percuma. Namun, Sime Darby ada mencipta beberapa percubaan tepat tetapi tidak dapat memecahkan kebuntuan. Tamat separuh masa, Sime Darby 0-0 Pahang.

Pada separuh masa kedua bermula dengan cara yang sama dengan kedua-dua pasukan mengekalkan barisan sedia ada tanpa melakukan pertukaran. Pada tanda 47 minit, pemain Harimau Malaya, Azamuddin, melakukan beautiful through ball kepada Conti, dan percubaan Conti hampir membuka jaringan tetapi penjaga gol Sime Darby,Suffian berjaya melakukan save untuk bola itu keluar untuk satu sepakan sudut. Tendangan sudut diambil oleh Hafiz berjaya ditanduk Conti, tetapi bola hanya mengegar palang.

Melihat ketumpulan barisan serangan, Ismail Zakaria memasukkan penyerang import, Karlo Primorac.

Pasukan tuan rumah mendapat peluang yang terbaik untuk menjaringkan gol dalam minit ke-59 melalui Primorac selepas kesilapan dari benteng Pahang membenarkan pemain Croatia tersebut untuk melepaskan sepakan tetapi sepakan beliau sedikit tinggi.

Pahang akhirnya menemui gol yang dicari-cari apabila Kojie yang melakukan larian di tengah padang sebelum menghantar bola kepada Conti lalu melepaskan sepakan lencong yang menarik dari luar kotak penalti,menuju hujung ke kiri pintu gol untuk menewaskan Suffian. Ini merupakan gol pertama Conti untuk aksi debut bersama pasukan Pahang.

Beberapa minit kemudian, Tokgajah mengandakan jaringan melalui Conti sekali lagi. Satu sepakan sudut yang diambil oleh Hafiz Kamal telah ditumbuk keluar tetapi bola jatuh di kaki Shahrizan sebelum beliau melepaskan sepakan deras ke arah pintu gol dan bola tersebut berjaya ditanduk Conti yang tidak dikawal untuk kedua Pahang.

Walaupun ketinggalan dua gol, Sime Darby tidak berputus asa. Fazrol Hazli bermain satu-dua dengan Primorac,sebelum berdepan satu lawan satu dengan Khairul Azhan, penjaga Pahang ke 3 Pahang ini bertindak baik untuk menghalang asakan tersebut.Keputusan akhir, Pahang layak ke separuh akhir dan akan bertemu Harimau Selatan di separuh akhir nanti.

Sebahagian penyokong pahang setia 
menunggu setelah tamat perlawanan.


RUMUSAN
Satu persembahan terpuji dari semua pemain Pahang.Azhan,yang diturunkan selepas kecederaan Nasril dan Rosfaizul, beraksi baik di pintu gol.Alex yang menyambut hari jadi ke-28 hari ini, banyak mengerakkan jentera serangan Pahang.Gopi tidak bermain dalam perlawanan ini setelah digantung kerana mengumpul 5 kad kuning dalam perlawanan sebelum-belum ini.

Mengenai prestasi Matias Conti, Tidak syak lagi beliau memang layak mengantikan tempat Maycon sebagai pegempur utama skuad Tokgajah. Bermain perlawanan pertama dalam suhu mencecah 38 degrees bukanlah sesuatu yg mudah. Beliau mempunyai karakter yang baik sebagai seorang penyerang walaupun masih muda. Gol pertamanya adalah gol berkelas dunia. Tidak mustahil, Conti akan jadi buah mulut bukan setakat peminat di Pahang, malahan di seluruh Malaysia.

Stewart juga bermain bagus. Walaupun ada kala dia nampak bermain agak “nakal”,tetapi kehadiran Stewart banyak memberi keyakinan kepada rakan-rakan di barisan pertahanan. Stewart juga nampak berbahaya apabila Pahang dapat sepakan sudut mahupun free kick. Tandukan beliau boleh menjadi senjata rahsia Pahang pada perlawanan akan datang.

Kesimpulan, semua pemain bermain baik dalam perlawanan ini. Ada peningkatan berbanding perlawanan menentang T-Team tempoh hari. Kemasukkan kedua-dua pemain import, nampaknya telah memantapkan lagi pasukan Pahang. Tahniah kepada seluruh pasukan Pahang.Misi seterusnya melayakkan diri ke pentas akhir.

Hogoh Tokgajah hogoh!!!!!!

Pahang (4-4-2): Azhan; Jalal, Razman,Stewart, Shahrizan; Surendren(Azidan), Hafiz Kamal (Poyeng), AmirulHadi, Alex; Conti, Fauzi(Malik).

Unused substitutes: Syawal, Faisal, Faizol, Hazri, Rosfaizul

Penjaring gol: Conti(2)

MOTM : Conti