Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Saturday 27 April 2013

#Match14 : Pahang 2 Felda United 0

Perlawanan Pahang Vs Felda United malam tadi berakhir dengan kemenangan berpihak pada kita berkeputusan 2-0. Gol yang dijaringkan oleh Matias Conti dan Fauzi Roslan berjaya meranapkan harapan Felda United mengutip mata di Stadium Darul Makmur. Perlawanan yang tampak seimbang malam tadi menyaksikan beberapa insiden kecederaan berlaku.

Gol yang dijaringkan berpunca daripada free kick yang diambil oleh Azamuddin Akil selepas Stewart menanduk ke pintu gol dan mengenai palang dan Conti melakukan follow up . Aksi pertama Conti di Darul Makmur membawa tuah apabila berjaya menjaringkan gol pertama beliau dalam saingan liga super di homeground sendiri. Tetapi sayang beliau mengalami hamstring di awal separuh masa kedua. Beliau kemudiannya digantikan dengan Surendran .Conti mungkin tidak dapat beraksi untuk 2-3 perlawanan selepas ini.

Abang Jalal mengalami kecederaan dan terpaksa digantikan dengan Azidan untuk mengemudi bahagian tengah. Dan sekali lagi gol muncul hasil daripada sepakan free kick. Set-piece yang dilakukan oleh pasukan Pahang tampak berjaya memperdaya barisan pertahanan Felda United. Tandukan Stewart ke arah Kojie berjaya memberi gol kedua buat pasukan Pahang. Sejurus selepas itu, Pahang hampir-hampir dapat menambha lagi jaringan hasil tandukan daripada Gopi yang terkena palang gol.

Komen :

Secara keseluruhan permainan Pahang nampak masih kurang tersusun. Walaupun 3 mata berjaya dikutip tetapi nampaknya persembahan sedikit perlahan dan permainan nampak kurang kreatif. Poyeng yang dilihat bermain di bahagian tengah pada separuh masa pertama tampak lebih menyerlah selepas menggantikan tempat abang Jalal yang terpaksa keluar kerana kecederaan. Pasukan tengah juga menyaksikan Faizol kurang idea, kawalan, dan kurang dari segi hantaran. Persembahan beliau perlu dipertingkatkan lagi. Bahagian tengah pasukan Pahang semalam sememangnya tidak banyak membantu barisan hadapan. Kalau dilihat dan diteliti semula kedua2 gol pasukan Pahang adalah hasil daripada free kick . Bukannya daripada gerakan-gerakan dari bahagian bawah membantu barisan hadapan. Ada kekurangan di situ. 10 minit terakhir perlawanan juga menyaksikan pasukan Pahang seolah-olah sudah terlalu berpuas hati dengan corak permainan mereka. Tampak bermain mudah dan sambil lewa sehingga banyak emberi peluang kepada pasukan Felda. Di akhir-akhir perlawanan juga pasukan Pahang nampak seperti tidak mahu menyerang sebaliknya bermain-main di bahagian bawah. Ada juga penonton yang berang denagn corak permainan di akhir-akhir perlawanan walaupon kemenangan milik Pahang. Terdapat segelintir penyokong yang nampak keluar awal sebelum masa tambahan habis. Sepatutnya pasukan Pahang memberi asakan berganda bukannya melambat-lambatkan perlawanan . Mungkin mereka mengharapkan perlawanan yang lebih rancak dan mengancam daripada pasukan Pahang.



Man of the match kami di Tok Gajah Forever adalah Stewart yang tampak cemerlang. Kedua-dua gol Pahang berpunca daripada beliau yang naik ke atas untuk membantu semasa free kick diambil. Beliau juga nampak kebal di bahagian pertahanan yang mana penyerang pasukan Felda sukar untuk menembusinya.

Keeper ke tiga juga nampak semakin matang malam tadi. Khairul Azhan menggunakan peluang beraksi bersama Pahang ini dengan baik setelah menyelamatkan beberapa cubaan pada malam tadi. Beliau nampak mampu pergi lebih jauh jika berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh dengan susuk tubuh badan yang sesuai sebagai penjaga gawang.

Next match : Pahang VS Selangor. 7 Mei 2013 . Stadium Darul Makmur. Tanda Kalendar !