Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Sunday 14 April 2013

LIGA SUPER 2013: Pahang 2 T-Team 1




Pahang memulakan langkah kanan pada pusingan kedua Liga Super 2013 apabila berjaya mengalahkan pasukan bermasalah, T-Team di Stadium Darul Makmur malam tadi.

Dollah Salleh hanya dapat menurunkan seorang sahaja pemain import baru, iaitu Damion Stewart yang beraksi di pertahanan tengah, manakala seorang lagi pemain import, Matias Conti masih belum boleh beraksi disebabkan masalah dokumentasi dari kelab lama beliau, Deportivo Tristán Suárez.

Pahang menguasai hampir keseluruhan permainan pada separuh masa pertama, namun buntu untuk memecah benteng pertahanan lawan yang diketuai Mazuki Yusuf. Gerakan permainan Pahang sangat mudah dibaca dan dipatahkan oleh pasukan pelawat. T-Team yang sesekali melancarkan serangan terutama melalui George Boateng namun Rosfaizul tangkas mengekang percubaan pihak lawan. Tamat separuh masa, Pahang 0 T-Team 0.
Gerakan Koji di halang pemain pertahanan T-team Mohd AizulRidzwan.

Bermula separuh masa kedua, Pahang meningkatkan asakan dan usaha Pahang berhasil apabila pemain sayap lincah, R. Gopinathan menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke-51 sekaligus melegakan penyokong-penyokong Tokgajah.

Gol tersebut memberi keyakinan kepada pemain-pemain Pahang meneruskan serangan dan pada minit ke-60, Skuad Tokgajah menambah jaringan menjadikan kedudukan 2-0 menerusi sepakan percuma cantik dari Razman Roslan.

Hasil sentuhan Gopinathan meletakan pahang di hadapan pada minit 52 .
keputusan Semasa Pahang 1 - T Team 0

Pada minit ke-71, Pahang terpaksa memasukkan penjaga gol simpanan, Khairul Azhan Khalid selepas Rosfaizul Azuar mengalami kecederaan. Ini penampilan pertama Azhan bersama pasukan Pahang di Liga Super.

Gol sagu hati T-Team diperolehi menerusi Azrul Hazran Amiludin Baki hasil rembatan kencang dalam kotak penalti menewaskan Azhan pada minit ke-81.

RUMUSAN

Secara keseluruhan, Pahang beraksi baik dalam perlawanan pertama untuk pusingan kedua liga super ini. Perubahan taktikal Dollah Salleh pada separuh kedua menjadi. Pahang melakukan “counter attack” pantas berjaya mengucar kacirkan pihak lawan.

Namun, bahagian pertahanan Pahang masih goyah. Mungkin Damion Steward perlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan permainan dan juga padang di Malaysia. Aksi Rosfaizul harus dipuji dalam perlawanan ini. Walaupun agak berisi tapi aksi tangkas beliau mendapat pujian dari penonton. Harap kecederaan beliau tidak serius supaya dapat beraksi di Selayang selasa ini. Jika tidak, Pahang terpaksa menurunkan keeper simpanan, Azhan yang diturunkan buat kali pertama dalam perlawanan ini. Dari sudut saiz fizikal, bekas keeper Shahzan Muda SC ini memang ada ketinggian yg cukup untuk jadi goalkeeper yang berkualiti.

Diharapkan juga Dollah Salleh akan merehatkan Fauzi Roslan di bangku simpanan apabila Matias Conti boleh beraksi nanti. Alex , Surendren dan Gopi harus kekal dlm kesebelasan utama Pahang kerana ketiga tiga pemain ini banyak terlibat dalam permainan walaupun ketika Pahang bertahan. Adalah amat merugikan jika salah seorang dari tiga pemain ini terpaksa memanaskan bangku simpanan utk memberi ruang kepada Conti .Kojie agak tumpul kebelakangan ini mungkin kerana tiada persaingan yang sihat untuk tempat penyerang utama Pahang. Belaiu kena berusaha lebih untuk dapatkan kesebelasan utama skuad Tokgajah.

Pahang (4-4-2): Rosfaizul(Azhan); Jalal, Razman,Stewart, Shahrizan; Surendren(Faizol), Hafiz Kamal, AmirulHadi, Gopinathan; Azzamudin, Fauzi(Azidan).

Unused substitutes: Syawal, Faisal, Malik, Hazri

Penjaring gol: Gopi,Razman